Tuhan sembunyikan Nur

Oleh Nursyuhaidah A Razak JAM berdetik tiga kali. Aku bangun membuka tingkap. Dingin. Fikiranku menerawang. Kedinginan pagi mengingatkan aku kepadamu. Apa khabar diri, aku membaca tentangmu di portal-portal berita. Hidupmu kini jadi barang tilikan warga maya, aku juga terpalit. Aku dipandang bekas isteri yang jahat. Segala hal peribadi, hal-hal paling rahsia suami-isteri telah dirobek orang. Ah sedangContinue reading “Tuhan sembunyikan Nur”

Sembah Derhaka

sembah sembah derhaka tuanku untung untung luhur Rakyatku negara disumpah, tolong pemimpin gasang dengan kuasa maruahnya jadi najis memunggung derita Rakyat mengatak, pemimpin mengatak sembah sembah derhaka tuanku untung untung luhur Rakyatku demokrasi dicabul, tolong kepala gantung minta nyawa jambatan zahirkan saksi hitam melaung, meraung si anak hari ini beribu berbapa esok yatim piatu. NursyuhaidahContinue reading “Sembah Derhaka”

SELAMAT ULANG TAHUN, PRAMOEDYA

Oleh Nursyuhaidah A. Razak Hanya saja, tahun 2019 ketika saya dan teman-teman membawa Bapak Soesilo ke tanah Malaysia ada suara jelik di Twitter mengatakan usaha saya dan sahabat baik hanya mahu mempromosikan kemanusiaan komunis. Saya diam-diam mentertawakan kejelikan manusia dungu itu. Saya akan mulakan catatan ini dari memori pada 26 Ogos 2019. Ada satu hal yang saya ralat. KetikaContinue reading “SELAMAT ULANG TAHUN, PRAMOEDYA”

KEMANUSIAAN KHIANAT

Oleh Nursyuhaidah A. Razak Satu hal yang membuatkan puisi Anjing Itu begitu tersemat dan terpahat adalah kerana ia meninggalkan amanat kepada pengamat supaya jangan jadi jahat dan alat kepada penguasa.  ADA satu puisi dari Sasterawan Negara yang selalu menyengat saya. Ia bertajuk Anjing Itu. Kalau mengikut bahasa Zurinah Hassan, puisi ini adalah ‘pernyataan protes’ UsmanContinue reading “KEMANUSIAAN KHIANAT”

PANGGIL AKU BULAN

Oleh Nursyuhaidah A. Razak DI LANGIT malam, bulan tidak lagi muncul. Seperti memberi alamat kuasa besar akan mati. “Kau takut?” perempuan bertempok itu menenung si gadis polos. “Misi ini harus tetap jadi rahsia, kau ingat!” Bulan tidak menjawab. Tubuh perempuan itu Bulan perhati, belum hilang parut disebat cemeti. Bulan tahu benar kaumnya kaum pendamai, tidakContinue reading “PANGGIL AKU BULAN”

BANGSATWAN

Oleh Nursyuhaidah A. Razak BERSERULAH Bangsatwan kepada sekalian manusia, dia mahu berjumpa Tuhan. Berpusu-pusulah orangnya memacakkan tangga ke langit. Seru Bangsatwan itu lagi, ‘‘Lihatlah saudaraku. Yang terjadi kepadaku adalah hakikat, bukanlah sangkaan. Bayangkan jika di tangan mereka kekuasaan!’’ Aneh. Kepala Bangsatwan itu menyerupai babi berbulu putih, telinganya panjang ke atas serupa keldai. Dia mendongak, menampakkan tubuh manusianyaContinue reading “BANGSATWAN”

Design a site like this with WordPress.com
Get started