Menulis adalah gerak untuk hidup.

Kartini dan Pendidikan Perempuan

Foto: wikimedia Dalam ruang sepi dan sunyi, Kartini bersahutan menjerit kalau perempuan mesti berteriak. Ketika, perempuan ditundukkan dengan pembungkaman dan keadaan sosial yang sentiasa menguntungkan laki-laki, perempuan mesti melontar suara. Luah Kartini dipersetujui. Pengalaman dan jalan yang hanya dilalui oleh perempuan haruslah diukir ceritanya oleh perempuan. Namun, dalam gelembung patriarki yang semakin membesar dan sulit sekali dipecahkan…

Tuhan sembunyikan Nur

Oleh Nursyuhaidah A Razak JAM berdetik tiga kali. Aku bangun membuka tingkap. Dingin. Fikiranku menerawang. Kedinginan pagi mengingatkan aku kepadamu. Apa khabar diri, aku membaca tentangmu di portal-portal berita. Hidupmu kini jadi barang tilikan warga maya, aku juga terpalit. Aku dipandang bekas isteri yang jahat. Segala hal peribadi, hal-hal paling rahsia suami-isteri telah dirobek orang. Ah sedang engkau sendiri…

Sembah Derhaka

sembah sembah derhaka tuanku untung untung luhur Rakyatku negara disumpah, tolong pemimpin gasang dengan kuasa maruahnya jadi najis memunggung derita Rakyat mengatak, pemimpin mengatak sembah sembah derhaka tuanku untung untung luhur Rakyatku demokrasi dicabul, tolong kepala gantung minta nyawa jambatan zahirkan saksi hitam melaung, meraung si anak hari ini beribu berbapa esok yatim piatu. Nursyuhaidah A Razak…

Sembilu Bilu

Oleh: Emelia Noor “Berhentikan dia? Kenapa kita harus berbuat begitu sedangkan kita boleh saja batalkan pesanan pembelian yang salah itu dan gantikan saja dengan revised copy? Masih ada masa.” Bai mengambil posisi untuk memberi cadangan lain kepada bos merangkap pemilik penuh syarikat kontraktor kejuruteraan mekanikal dan elektrikal kecil tempatnya bekerja itu sewaktu sesi perbincangan projek memasang sistem…

KERIS MAS: PENOLAKAN TERHADAP FEUDALISME MELAYU

Oleh W.N Khuzairey NAMA Keris Mas (Kamaluddin Muhamad) antara yang tidak asing dalam dunia kesusasteraan negara kita. Beliau antara yang terawal menyandang gelaran Sasterawan Negara. Sepanjang hidupnya Keris Mas telah menulis lebih 70 buah cerpen yang banyak menyuarakan soal perubahan sosial politik bangsanya. Dengan itu, Keris Mas juga boleh dikategorikan sebagai intelektual organik di mana banyak menghabiskan…

Daulat, Apa Daulat?

Oleh: Aliff Naif Malaysia berdaulat sebagai Malaysia bukan kerana Raja Melayu. “Raja-raja ini berdaulat tahu tak? Daulat ini lah membela agama Islam dan Bangsa Melayu.” Acapkali ayat ini terlintas di pertelingkahan atas talian tentang Raja-Raja Melayu. Daulat seringkali dipetik untuk mengabsahkan peranan golongan “kayangan” ini. Sepertinya Daulat seorang raja ini sesuatu yang suci lagi menyucikan sifatnya. Dengan…

Qurban dan Visi Marhamah

Oleh: Basri M Dinamika Pesan al-Quran Al-Quran merupakan kitab termuda agama samawi yang suci dan luhur. Kurang lebih diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril alayhi salam 1400 tahun yang lalu di persekitaran tandus padang pasir semenanjung arab. Teks ini tidak sesekali berubah sejak ia diturunkan kepada Muhammad SAW sehingga akhir zaman kelak. Permasalahan…

BELAJARLAH DARI UNGKAPAN KEMANUSIAAN USMAN AWANG

Oleh W.N Khuzairey NAMA Usman Awang sudah tidak asing lagi dalam dunia sastera kelembutan dalam setiap bait penulisannya baik dari puisi, cerpen mahupun novel cukup memberi kesan kerana bukan kelembutannya semata yang menjadi taruhan dalam penulisan malah ketajaman nalar kritisnya terutama sekali apabila berhadapan dengan isu kemanusiaan. Itulah kubu kuatnya dalam penulisan sehingga mampu merobek hati dan…

Emansipasi Ilona Melalui Sastera

Oleh Farahin W. (Instrospeksi Cerpen Ilona – Leila S Chudori) Di rumah, di ruang-ruang kedap suara, ada penulis sedang berpencak silat di atas kertas tempat persembah jiwa dan fikiran.  Di ruang ini, Leila S Chudori barangkali dengan jerit dan tangis melahirkan Ilona. Ketika Ilona dilahirkan, bayi perempuan itu menangis dan menguek mengajarkan emansipasi wanita. Ketika para sasterawan…

Loading…

Something went wrong. Please refresh the page and/or try again.

Design a site like this with WordPress.com
Get started